Anda boleh merakamkan siaran langsung HDTV yang dipancarkan melalui PC dan mainkannya semula pada bila-bila masa anda inginkan. Anda boleh memilih satu saluran-sub atau kesemua pancaran yang dirakamkan bila anda tekan butang rakaman.
FusionHDTV serasi dengan hampir kesemua kad video dan papan induk. FusionHDTV boleh berfungsi dengan mana-mana kad VGA termasuk siri Nvidia MX atau chipset selepas itu, dan juga chipset ATI Radeon. Ia juga berfungsi dengan baik pada Intel, VIA, SIS, dan chipset papan induk yang lain. Keperluan minimum sistem adalah Pentium 4 1.6G dan DDR266 memory (atau RDRAM memory), atau AMD's Athlon™ XP atau prosesor yang berkelajuan 1600+ ke atas, jika anda tidak mempunyai kad ATI Radeon VGA. Pentium 3 800Mhz atau ke atas sudah mencukupi jika anda mempunyai kad ATI Radeon.
Komen